Warga Emas Menangis, Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Simbah Asid Ke Arah Suami Isteri

SELAYANG: Seorang wanita warga emas menangis teresak-esak ketika tiba di lobi mahkamah di sini, hari ini, kerana berdepan tuduhan menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri, yang tular di media sosial.

Wanita yang memakai jubah biru itu tiba kira-kira jam 9 pagi, dengan bergari diiringi beberapa anggota polis. 

Semalam, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir, berkata suspek berusia lingkungan 60-an itu akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Minggu lalu, media melaporkan seorang warga emas bersama suami yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan pangsapuri terbabit, yang memaparkan seorang individu berdiri berhampiran mangsa semasa menunggu lif sebelum bertindak menyimbah cecair dipercayai asid.

Mangsa wanita berusia 60 tahun dan suaminya warga Pakistan menerima rawatan di Hospital Selayang.

Video CCTV kejadian

@sajesharemedia

♬ original sound sajesharemedia