Selama berpuluh tahun hidup, ingatkan cerita kartun spogebob squarepant tersebut merupakan rekaan atau hiburan semata mata. Rupa-rupanya memang ada hidupan laut yang di panggil sea sponge atau span laut ianya hidupan laut yang hidup.

PERKONGSIAN Christopher Mah di Twitter mengenai penemuan span bernama Hertwigia dan tapak sulaiman Chondraster yang menyerupai watak SpongeBob dan Patrick.
– Utusan Malaysia
Penyelidik marin menemukan versi ‘sebenar’ watak kartun terkenal Nickelodeon – SpongeBob Squarepants dan Patrick Star sewaktu melakukan penyelaman Ogos 2021
Namun, ‘bukan dalam nanas di dasar laut di Bikini Bottom’, sebaliknya di dasar Lautan Atlantik. Gambar-gambar itu kemudian tular di media sosial sehinggakan akaun Instagram rasmi SpongeBob Squarepants turut mengongsi gambar kartun tersebut bersebelahan dengan versi sebenarnya.
Haha! Menarik kan. Terdapat banyak spesis span laut. Jom kita baca sedikit info span laut ini.
Secara umum,span laut mempunyai rangka yang dibuat dari spongin dan hidup dengan menyedut tumbuhan mikroskopik dari laut. Span laut mengambil masa yang lama untuk membesar serta boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama sehingga ratusan tahun. Jom lihat beberapa span laut yang lain selain versi “spongebob”:

Sebelum zaman Rom lagi span telah digunakan oleh manusia untuk membersihkan diri ketika membuang air serta mandi yang lokasinya bermula di Greece. Setiap askar Rom juga akan mempunyai span masing-masing untuk kegunaan membersihkan diri. Ketika itu span dibuat dengan menangkap span laut yang mudah ditemui di sekitar laut Mediterranean.

Span laut yang siap di proses.
Pada tahun 1942, span sintetik berjaya dihasilkan oleh 3 jurutera di syarikat Dupont yang juga terkenal kerana berjaya mencipta nylon. Setelah menyimpan rahsia paten membuat span sintetik selama 10 tahun, paten ini dijual kepada syarikat General Mills pada 1952.
Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan span sintetik ini ialah cellulose,Sodium sulphate dan serat. Bahan kimia akan digunakan untuk melembutkan dan mewarnakan span.

Span sintetik yang kini kebanyakkan diguna pakai.
Namun, sehingga kini masih terdapat lagi span laut di jual di kawasan Mediterranian pada harga yang tinggi sekitar $30 kerana masih terdapat permintaan pada span laut ini.
-Business Insider video