Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai golongan yang terkesan dan mengalami simptom burnout.
Burnout adalah istilah yang popular di tengah kesibukan yang tiada henti. Burnout ialah keadaan di mana individu mengalami keletihan fizikal, mental dan emosi yang melampau serta perasaan ragu terhadap keupayaan diri.
Che Nom, personaliti media sosial yang terkenal dengan perkongsian kandungan berunsurkan masakan melalui platform youtube, facebook dan juga Instagram turut meluahkan rasa yang sama. Dalam posting pada facebook beliau menyatakan keadaan itu berpunca dari pada faktor ekonomi dan tukaran mata wang mempengaruhi pendapatan beliau melalui youtube berkurang. Faktor rantaian yang dinyatakan jelas berkait rapat dengan isu semasa sekaligus menganggu kesihatan mentalnya termasuk pencipta kandungan yang lain.
Individu yang mengalami burnout juga menghadapi kemerosotan dalam menjalani aktiviti seharian.
Contohnya : Merasa tidak berdaya, merasa beban yang ditanggung terlalu berat atau ketika kita tidak dihargai. Bahkan untuk membolehkan kita menjalani aktiviti seperti biasa pun, rasanya sangat berat.
Dalam keadaan itu, hal-hal yang biasanya penting bagi anda jadi tidak bermakna lagi. Dalam keadaan seperti ini, perasaan putus asa akan muncul dengan mudah dan menguasai diri.
Berikut tanda-tanda anda mengalami burnout :

Burnout merupakan sebuah proses yang bertahap. Ini tidak akan terjadi dalam satu malam melainkan memakan jiwa secara perlahan-lahan. Di awal, ciri-ciri burnout umumnya tidak kentara tapi ini akan semakin memburuk jika dibiarkan berpanjangan boleh menyebabkan depresi dan anzieti.
Untuk mengatasinya, anda perlu mencari tahu punca burnout yang di alami dan menyelesaikannya.
Jika anda atau orang terdekat mengalami masalah burnout, segera dapatkan rawatan di hospital atau buat temu janji dengan ahli profesional seperti psikologis klinikal untuk mendapatkan bantuan dan rawatan yang bersesuaian.