Khazanah Alam Terbaik, Cendawan susu rimau terbukti penuh khasiat

Menurut kepercayaan terdahulu,cendawan ini diberi nama cendawan susu rimau kerana ianya  tumbuh daripada titisan susu ibu harimau yang menyusukan anaknya. Susu yang menitik ke atas daun dan tanah hutan akan menumbuhkan cendawan yang berkhasiat ini. Nama saintifiknya Lignosus rhinoceros.

Spesis cendawan ini sukar didapati melainkan dalam hutan tebal Banjaran Ttitiwangs. Spesis ini. Juga tidak akan ditemukan di kawasan terbuka. Selain di Malaysia, cendawan susu rimau ini hanya boleh ditemukan dalam Kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara, terutamanya Indonesia, Filipina, Thailand dan Papua New Guinea. Namun begitu, khazanah alam ini semakin sukar didapati akibat keluasan hutan yang semakin mengecil.

Sejak 400 ratus tahun lalu, dikatakan cendawan ini telah digunakan oleh nenek moyang kita untuk pelbagai tujuan perubatan. Dan sekarang, Cendawan Susu Rimau bukan lagi  sahaja popular dalam kalangan orang asli, bahkan ianya turut terkenal dalam kelompok penduduk bandar di Malaysia sehingga turut mendapat perhatian penyelidik Barat kerana mempunyai banyak khasiat dan nilai farmakologi sebagai penawar.

Antara khasiat cendawan susu rimau yang telah dibuktikan termasuklah :

Imunomodulasi – Membantu meransang, mengawal dan meningkatkan system imun, membantu ketahanan badan daripada serangan penyakit, mengurangkan kepenatan dan menguatkan stamina. 

Antiradang – Membantu menguatkan sistem pernafasan seperti melegakan batuk,asma,sinus dan resdung. Selain itu, cendawan ini juga bagus bagi penjagaan paru-paru yang sekian lama terdedah kepada udara persekitaran yang kotor. Ekstrak cendawan ini dilihat mempunyai kesan pencegahan terhadap penghasilan protein semasa keradangan berlaku.

Antimikrob – Membantu mencegah badan daripada jangkitan bakteria seperti Staphylococcus Corynebacterium, Bacillus dan spesis kulat ( Candida sp. Dan Mocur sp.)Bacteria ini menyebabkan keracunan makanan, pneumonia, jangkitan darah dan jangkitan pada salur kencing.

Antioksidan – Mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakkan akibat radikal bebas dan memberikan ketahanan terhadap risiko bagi sesetengah penyakit.

Antitumor – Kandungan polisakarida dalam cendawan membantu menghalang pertumbuhan sel kanser dan melegakan kesan sampingan rawatan kanser. Ekstrak cendawan ini didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser payudara, paru-paru dan usus besar. Walau bagaimanapun, kajian lanjut masih perlu dilakukan untuk melihat potensi cendawan ini dalam perawatan dan pencegahan kanser.

Secara umumnya, cendawan susu rimau adalah selamat dimakan dan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Beberapa ujian makmal yang dilakukan ke atas haiwan roden dan ujian ketoksikan menunjukkan tiada sebarang kesan mudarat diperhatikan walaupun cendawan ini diambil dalam dos yang tinggi. Oleh sebab itu, banyak produk berasaskan cendawan ini telah dikeluarkan oleh pihak peniaga berdasarkan maklumat daripada penyelidikan yang telah dibuat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *