Kebaikan bertungku untuk badan

Amalan bertungku ini umum adalah lebih kepada budaya Melayu, kerana jika diikutkan bangsa lain di Malaysia, tiada yang mengamalkannya. Ia biasanya dilakukan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai tempoh berpantang. 

Namun begitu ianya tidak terhad untuk wanita berpantang. Orang lelaki pun boleh bertungku untuk mengembalikan kesegaran badan selepas penat bekerja.

Sebenarnya bertungku sendiri di rumah ni mudah sahaja. 

Biasanya mengambil masa dalam masa 20 ke 30 minit sehingga batu sejuk dan jika batu masih panas bolehlah letak batu di lantai. Dan kenakan pada telapak kaki pula. Fuhh!

Di zaman serba moden ini pun, sudah ada tungku elektrik sangat mudah digunakan , hanya tunggu panaskan guna plug. Tapi sekali sekala cubalah guna tungku batu sungai. Daun atau bahan balut boleh dipelbagaikan. Contoh bahan balut boleh digunakan ; daun mengkudu, daun serai, daun pandan,daun pisang, halba dan lada hitam. Bila terkena tungku yang panas bahan-bahan ini mengeluarkan aroma yang begitu therapeutic. Lebih feeling dan puas. 

Cara penyediaan tungku :

  1. Panaskan tungku dalam 5-10 minit (saya gunakan batu sungai berat 800g) mudah xperlu berat sangat ikut kesesuaian. 
  2. Setelah panas, alihkan dengan berhati-hati ke atas kain batik yang telah dialaskan dengan daun dan herba pilihan.
  3. Balut dengan kemas dan letakkan pada tempat yang lenguh/sakit atau seluruh bahagian badan yang nak di tungku.

15 Kebaikan bertungku

  • melancarkan darah 
  • melegakan rasa lesu & sengal2 badan
  • membuang angin
  • mengembalikan kesegaran badan
  • memecahkan lelemak 
  • membuang lendiran darah kotor
  • mengelakkan bentan
  • mengecutkan rahim (wajib utk ibu2 selepas bersalin)
  • menaikkan peranakan
  • berkesan utk mengurangkan sakit senggugut
  • melancarkan haid
  • menghangatkan badan ibu
  • mengecutkan urat yang kembang
  • mengecutkan rahim
  • darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Walaupun bertungku merupakan amalan sinonim untuk wanita berpantang namun  ai juga boleh di amalkan tak kira lelaki atau perempuan. 

Kaki yang lenguh, bahu berat, tengkuk yang sakit serta pinggang yang sengal-sengal sangat sesuai bertungku ni.

Selamat mencuba!