Hilang RM100,000 dari kereta Guru Besar, Polis tidak menolak kemungkinan orang ‘dalam’

Kejadian samun yang mengakibatkan kehilangan sejumlah wang RM100,000 yang juga dana Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebuah sekolah semalam. Jelas mengemparkan negara. 

Dalam kejadian tersebut Guru Besar sebuah sekolah di Beranang dilaporkan mengambil wang tunai di sebuah bank. Selesai mengambil wang berkenaan, guru besar tersebut menyimpannya dibawah tempat duduk dalam kenderaan. 

Namun, beliau merasa dahaga dan sempat minum disebuah restoran tidak jauh dari kenderaannya. Selang 15 minit kemudian, mangsa pergi ke kenderaannya dan mendapati cermin kereta dipecah dan wang berkenaan telah hilang.

Menurut laporan akhbar, pihak Polis tidak menolak kemungkinan orang ‘dalam’ terlibat dalam kejadian terbabit. 

“Pada masa sama, kita juga akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank berkenaan.

“Merujuk keterangan mangsa, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman selama 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.

“Sepanjang tempoh 10 tahun itu, tidak ada perkara buruk yang berlaku. Perkara ini menyebabkan saya rasa ralat kerana pihak sekolah boleh sahaja meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *