Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Akan Diagihkan Kepada Murid

PUTRAJAYA- Seramai tiga juta murid yang memasuki Tahun Satu hingga Tingkatan Lima daripada tanpa mengira pendapatan ibubapa akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang Isnin ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023

Sementara itu, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Pembayaran BAP itu akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Sekiranya pemberian dibuat secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Fasa 1 akan diserahkan pada:

  • 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat
  • 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima
  • 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *