6 Kereta Dibakar Orang Kurang Siuman

KLANG: Enam kereta yang diparkir di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor hampir musnah dipercayai dibakar individu kurang siuman siang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun melecur di tangan ketika cuba memadamkan kebakaran tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 tengah hari tadi.

Sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang individu kurang siuman dipercayai membakar tiga kereta di kawasan itu.

Dia kemudian dikatakan turut membakar kereta lain yang semuanya terbakar antara 15 hingga 40 peratus.

Bomba bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran dan tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan.

Kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Video Sempat Dirakam Dashcam